SINDIKET PENYELUDUPAN MANUSIA TUMPAS

Taktik sebuah sindiket penyeludupan manusia mengenakan bayaran antara RM6,000 hingga RM7,000 seorang bagi menyeludup masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) tumpas apabila seramai 15 orang warga asing ditahan pada 6 Mac lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, penahanan PATI terbabit dibuat menerusi Ops Gelombang 2.Ops yang dijalankan di beberapa lokasi sekitar Kelantan selepas kejayaan operasi pertama pada Oktober tahun lalu.

Dalam serbuan sekitar Jeli dan Gua Musang, pasukan operasi berjaya menahan seramai tiga orang lelaki warganegara Malaysia berumur antara 39 hingga 60 tahun yang bertindak sebagai ‘transporter’ bagi sindiket itu.Dalang sindiket dipercayai mengenakan bayaran antara RM6,000 hingga RM7,000 bagi setiap Pati untuk masuk ke Malaysia.

Kesemua PATI ini kemudian akan dibawa ke destinasi tertentu di luar Kelantan seperti Lembah Klang, Melaka, Pulau Pinang dan Johor untuk bekerja secara tidak sah.Kesemua PATI ditangkap disyaki melakukan kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

“Manakala tiga orang lelaki tempatan pula akan dihadapkan ke mahkamah untuk perintah tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi tujuan siasatan.Kesemua tiga buah kenderaan pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM100,000 akan disita untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Sumber: Kosmo

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …