598 MANGSA BANJIR DITEMPATKAN DI PPS MELAKA

MELAKA – Meskipun cuaca bertambah baik sejak beberapa hari lalu, Pusat Pemindahan Sementara (PPS)  Daerah Jasin masih menempatkan seramai 598 orang terdiri dari 159 keluaga berikutan kediaman mereka masih dinaiki air. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan menamklumkan bahawa jumlah mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Gajah merekodkan angka paling ramai dengan 203 orang diikuti PPS SK Parit Penghulu (146 orang), PPS SK Rambai (99 orang), PPS SK Seri Mendapat (88 orang) dan PPS Parit Gantong (62 orang).

Menurut kenyataan itu, setakat ini 13 kawasan di daerah itu masih terjejas banjir antaranya termasuk Kampung Sungai Dua Asahan, Kampung Pondok Batang, Kampung Bukit Asahan, Kampung Chohong, Kampung Tersusun Seri Mendapat dan Sempang Bekoh. Turut terjejas adalah Kampung Janda Berhias, Kampung Parit Penghulu, Kampung Tasik, Parit Putat Benteng, Parit Sidang Seman Benteng dan Jalan Simen, Batu Gajah.

SUMBER: MELAKA HARI INI

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut