Maqis Kelantan gagalkan cubaan seludup 17 baka ayam gajah dari Thailand

TUMPAT: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kelantan berjaya menggagalkan cubaan menyeludup ayam hidup menggunakan perahu di Pengkalan Haram Tanjung, Pengkalan Kubor di sini kelmarin.
Pemangku Pengarah Maqis Kelantan Mohd Ariwadi Salleh berkata rampasan sebanyak 17 ekor ayam gajah yang bernilai RM1,700 .
Ayam ini bertujuan pembiakbakaan itu ditahan ketika cubaan dibawa masuk dari Thailand ke Malaysia melalui tebing Sungai Golok.
“Bahan rampasan ini ditinggalkan di tebing sungai, manakala pengemudi perahu berkenaan berjaya meloloskan diri.
“Perbuatan mengimport ayam hidup adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 11 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Menurutnya kesemua dagangan itu ditahan untuk tindakan lanjut kerana tidak mempunyai dokumen yang sah.
Sumber: Astro Awani

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …