MEMBENDUNG BERITA PALSU

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

Nilai Teras Keselamatan Negara 8: Keselamatan Rakyat (Jenayah Siber)

Berita palsu adalah satu bentuk “ancaman” dari pelbagai aspek termasuk sosial, politik, ekonomi, perhubungan kaum serta agama. Tidak semua berita yang dibaca itu adalah fakta sebenar, terutamanya berita yang ditularkan dalam media sosial. Melalui hasil kajian Laporan Digital 2019, Malaysia merupakan negara ke-5 di dunia dan tempat teratas di Asia Tenggara yang paling aktif dalam media sosial. 

Pada masa ini, terdapat segelintir masyarakat yang menjadikan  media sosial sebagai platform untuk menyebarkan berita dan maklumat palsu yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada individu, keluarga, komuniti setempat, masyarakat dan negara. Perbuatan ini boleh  membawa impak negatif terhadap minda dan kehidupan masyarakat. 

Setiap berita atau maklumat yang diterbitkan atau dikongsi terutamanya menerusi media sosial perlu dipastikan kesahihannya terlebih dahulu. Sikap mengambil jalan mudah dan tidak bertanggungjawab pengamal media sosial akan menyumbang kepada tersebarnya berita palsu. Dengan menggunakan media eletronik, setiap berita palsu akan tersebar dan ditularkan dengan pantas. 

Semakin maju teknologi sesebuah negara,  peratusan berlakunya penyebaran berita palsu juga akan semakin meningkat. Agensi kerajaan akan menghadapi rintangan dan cabaran dalam memastikan setiap maklumat atau berita yang dikongsi di media sosial adalah benar. Jangan jadikan media sosial sebagai tempat gurauan dengan menyebarkan berita palsu. 

 

Apakah caranya untu mengelak dan membendung penyebaran dan perkongsian berita palsu? 

  • Tidak berkongsi sebarang berita yang diragui kesahihannya 
  • Semak dahulu kebenaran sesuatu berita di portal Sebenarnya.my sebelum berkongsi 
  • Bertanggungjawab terhadap kandungan & maklumat sebelum disebarkan 

 

Peranan anda sebagai pengamal atau pengguna media sosial :- 

  • Jadikan amalan untuk menyemak kesahihan berita atau maklumat yang diterima menerusi portal Sebenarnya.my 
  • Jangan semberono berkongsi atau komen berita yang diterima tanpa mengetahui status berita tersebut 
  • Perlu mendidik diri menjadi warga media sosial yang berfikiran matang  
  • Pastikan anda bertanggungjawab terhadap setiap berita atau maklumat yang anda kongsikan. 

Berfikirlah sejenak sebelum anda berkongsi sesuatu berita atau info yang tidak pasti kesahihannya.  

 

Sumber rujukan : Jabatan Penerangan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut