TABUNG KEMANUSIAAN “TERENGGANU FOR TURKIYE”

Tabung kemanusiaan ‘Terengganu For Turkiye’ sehingga 6 Mac 2023, dijangka akan melebihi sasaran RM500,000. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pihaknya menjangkakan kutipan berkenaan akan terus bertambah. Jumlah keseluruhan kutipan akan diketahui pada 15 Mac akan datang.

Sehingga kini, proses mengutip dana daripada semua pihak termasuk jabatan, agensi kerajaan dan swasta serta anak-anak syarikat kerajaan negeri serta orang ramai masih dijalankan. Jumlah kutipan tersebut telah melebihi sasaran yang pada awalnya dianggarkan ialah sebanyak RM500,000 dan ini menandakan keprihatinan serta solidariti rakyat Terengganu terhadap rakyat Turkiye yang dilanda gegaran gempa bumi yang dahsyat pada 6 Februari lalu. Delegasi kerajaan negeri akan ke Turkiye pada 17 Mac hadapan.

 

SUMBER: TRDI

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …