Mesyuarat Regional Border Commitee 2023

Mesyuarat Regional Border Commitee (RBC) ke-112 di antara Malaysia dan Thailand telah dihoskan oleh Malaysia di Hotel Grand Ion Delemen, Genting Highlands, Malaysia, pada 21 hingga 23 Feb 2023. Mesyuarat RBC ke-112 ini adalah kesinambungan daripada Mesyuarat RBC ke-111 yang bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dan mengekalkan kerjasama erat dalam lingkungan Pengurusan Keselamatan dan Sempadan di sepanjang sempadan antara kedua-dua negara.

Mesyuarat telah dipengerusikan bersama oleh Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima Medan Barat Tentera Darat merangkap Malaysia Joint Chairman bersama Lieutenant General Santi Sakuntanark, 4th Army Area Commander Royal Thai Army (RTA) merangkap Thai Joint Chairman. Majlis Keselaman Negara melalui Seksyen Keselamatan Pembangunan Sempadan Thailand, Bahagian Pengurusan Sempadan Darat adalah sekretariat utama di dalam menjayakan mesyuarat antarabangsa dua hala ini.

Disamping membentangkan perkara-perkara dasar, mesyuarat ini turut melibatkan pelaporan dari enam (6) Kumpulan Kerja iaitu Intelligence And Psychological Operations Working Group (IWG), Land Working Group (LWG), Combine Maritime Working Group (CMWG), Air Working Group (AWG), Border Management Working Group (BMWG) dan Disaster Management Working Group (DMWG).

 

Selaras dengan perjanjian tahun 2000 di antara kerajaan Malaysia dan Thailand dalam mengekalkan, mengukuhkan dan mempromosikan keselamatan dan kestabilan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand, mesyuarat RBC ke 112 ini telah menunjukkan impak yang positif di dalam hubungan antarabangsa dua hala Malaysia-Thailand. Di samping keselamatan sempadan yang terjamin, antara yang dibincangkan termasuklah visi dalam menjamin keselamatan makanan melalui cadangan perkampungan pertanian dan perladangan sempadan (Agriculture Village), pengukuhan prosedur bencana sempadan (Disaster Standard Operating Prosedur) dan pengukuhan prosedur dalam kawalan keselamatan sempadan maritim di antara sempadan Malaysia-Thailand seperti yang dibincangkan di dalam mesyuarat kali ini selain mempromosikan Genting Highlands sebagai pusat tarikan pelancongan kepada delegasi kerajaan Thailand.

Kemuncak mesyuarat adalah acara menandatangani Minit Mesyuarat RBC yang ke 112 dan pertukaran mementoes oleh kedua-dua kedua-dua pengerusi bersama.

 

Artikel/Berita Terkini

INFO KESIHATAN: TIPS KEKAL CERGAS DI PEJABAT.

Seharian terperuk di dalam pejabat dan kereta yang mempunyai hawa dingin, sedikit sebanyak ia turut menjejaskan kesihatan dan menjadikan anda …
Maklumat Lanjut

JOM CAKNA: KENALI TAHAP MELECUR

Menurut KKM, melecur diklasifikasikan berdasarkan dalaman luka dan luasnya bahagian kulit yang terlibat. Tahap melecur dibahagikan kepada empat; Tahap Pertama …
Maklumat Lanjut

INFO KESIHATAN : MANFAAT & KEBAIKAN BUAH CEMPEDAK

1. Fungsi Mata Buah Cempedak adalah salah satu sumber alternatif vitamin A. Vitamin A ni sangat penting untuk kesihatan mata …
Maklumat Lanjut