SEMAKIN BANYAK RESTORAN MENAWARKAN #MENURAHMAH DI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL (Isu Bandar & Luar Bandar)

Program Menu Rahmah semakin meluas di Pulau Pinang. Ini terbukti dengan pelancaran program tersebut di beberapa premis perniagaan popular di negeri ini. Terbaharu, Restoran Bafana Roasters yang terletak di Bertam, Seberang Perai Utara telah melancarkan Program Menu Rahmah yang dirasmikan oleh YBhg. Datuk Roziah Binti Abudin, Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup.

Sementara itu, YBrs. Tuan Jegan A/L R.Subramaniam, Pengarah KPDN Negeri Pulau Pinang telah menyempurnakan sesi penyerahan Streamer dan Sticker Menu Rahmah kepada Restoran Pak Mat Western HQ dan Restoran Sri Ananda Bahwan sebagai penghargaan dan galakan kepada pengusaha makanan yang menawarkan menu tersebut di premis mereka.

#menurahmahpenang

Sumber :

KPDN Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

11 TAHANAN WARGA THAILAND DIHANTAR PULANG MELALUI ICQS RANTAU PANJANG

Seramai 11 tahanan warganegara Thailand dihantar pulang ke negara asal melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, …

PENAGIH DAN PENYALAH GUNA DADAH TERENGGANU TURUN 7.2 PERATUS

Jumlah penagih dan penyalah guna dadah di Terengganu menurun 7.2 peratus kepada 7,582 orang pada suku pertama 2026 berbanding 8,174 …

TINDAKAN DAN LANGKAH UNTUK MENANGANI MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN GOLONGAN PROFESIONAL

Penyalahgunaan dadah bukan lagi isu terhad kepada golongan penganggur atau belia sahaja. Kini ia turut membabitkan golongan profesional seperti pekerja …