WASPADA ANCAMAN AJARAN SESAT

SHAH ALAM- Sejak Ogos 1991 hingga 2016 hampir 42 fatwa telah dikeluarkan di Negeri Selangor mengenai ajaran sesat. Fatwa yang dikeluarkan adalah melibatkan ciri-ciri dan penerbitan berkaitan ajaran tersebut yang didapati telah menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.

Antara ajaran sesat yang telah difatwakan, adalah:

• Ajaran Millah Abraham@ Ibrahim
• Ajaran Syiah
• Kumpulan Negara Islam Indonesia (NII)
• Tarikat Al Hasanah
• Ajaran Zamree Bin Abdul Wahab
• Fahaman Wahdatul Wujud

Tindakan Pihak Berkuasa Agama di Negeri Selangor juga telah mengambil tindakan tegas dengan membawa mereka yang menjadi pengasas dan terlibat dengan ajaran tersebut kemuka pengadilan di Mahkamah Syariah.

Sebagai contoh kes Ketua Pendakwa Syarie lawan Abdul Kahar Bin Ahmad. Beliau telah didakwa atas beberapa kesalahan, iaitu:

  • Seksyen 7 (1) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 [Enakmen Selangor No. 9 Tahun 19951995] iaitu kesalahan berkaitan Doktrin Palsu.
  • Seksyen 8 (a) Enakmen Selangor No. 9 Tahun 1995 iaitu kesalahan berkaitan Dakwaan palsu.
  • Seksyen 10 Enakmen Selangor No. 9 Tahun 1995 iaitu kesalahan berkaitan Menghina Atau Menyebabkan Dipandang Hina, dll., Agama Islam.
  • Seksyen 12 Enakmen Selangor No. 9 Tahun 1995 iaitu kesalahan berkaitan Menghina Pihak Berkuasa Agama.
  • Seksyen 13 Enakmen Selangor No. 9 Tahun 1995 iaitu kesalahan berkaitan Pendapat Yang Bertentangan Dengan Fatwa.

Malah mereka semakin berani menyebarkannya melalui media sosial seperti Instragam, You Tube, Tik Tok dan seumpamanya dan terdapat juga kumpulan ajaran sesat ini bergerak secara-senyap-senyap dan beselindung melalui aktiviti sosial, aktiviti ekonomi dan seumpamanya sebelum menerapkan ciri-ciri ajaran sesat mereka. Berdasarkan kajian yang dibuat dan artikel-artikel yang ditulis seperti tajuk-tajuk yang dinyatakan di atas antara ciri-ciri ajaran yang sesat boleh dirumuskan seperti yang berikut-

  • Mengingkari Rukun Iman dan Rukun Islam serta meyakini atau mengikuti akidah yang bercanggah dengan syarak.
  • Penafsiran al Quran yang menyeleweng tanpa kaedah yang betul
  • Ghuluw (Melampau) dalam menghormati guru
  • Merendahkan para nabi dan rasul serta mengingkari Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul yang terakhir.
  • Melakukan amalan-amalan yang jelas bertentangan dengan amalan-amalan para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah dan mencerca para sahabat radiaallhu ‘anhuma.

Sumber artikel: Majlis Agama Islam Negeri Selangor

Gambar: Harian Metro

 

 

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut