MAJLIS AMANAT KETUA-KETUA KAMPUNG NEGERI JOHOR 2023/2024

Majlis Amanat bersama Ketua-Ketua Kampung Negeri Johor yang telah dilantik bagi penggal tahun 2023/2024 telah diadakan pada 19 Februari 2023 di Dewan Majlis Perbandaran Iskandar Puteri Johor.

Kerajaan Negeri Johor amat berterima kasih atas pengorbanan ketua kampung bekerja siang dan malam, bersengkang mata bagi menyelesaikan masalah masyarakat setempat serta mendengar rintihan mereka. Bagi menghargai dan membantu ketua kampung dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan, YAB Menteri Besar Johor turut telah mengumumkan beberapa insentif bagi semua pemimpin masyarakat seperti berikut:

(i)        Peruntukan sebanyak RM2.4 juta setahun bagi kenaikan elaun Ketua Kampung dan Ketua Masyarakat dari RM900 kepada RM1,200 sebulan;

(ii)       Peruntukan sebanyak RM500 ribu bagi pelaksanaan kursus jangka pendek protokol, komunikasi dan pentadbiran serta insentif secara one-off kepada semua ketua kampung dan ketua masyarakat negeri Johor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma Eksekutif

(iii)      Dana RM100,000 untuk Persatuan Ketua-ketua Kampung di Peringkat Daerah, dengan setiap daerah di Johor mendapat RM10,000. Untuk Persatuan Ketua-ketua Kampung Peringkat Negeri pula, diberikan sebanyak RM20,000, menjadikan jumlah peruntukan sebanyak RM120,000 setahun; dan

(iv)      Peruntukan sebanyak RM667,000 untuk kesemua 667 ketua kampung sebagai permulaan untuk mereka turut terlibat dalam agenda Johor Bersih.

Kerajaan Negeri Johor berharap dengan penglibatan semua pihak, ianya dapat mengekalkan identiti negeri Johor dari sudut kebudayaan, kesenian warisan dan kemajuan industri luar bandar serta kesejahteraan rakyat. Lantikan ini datang dengan amanah dan tanggungjawab yang besar bukan sahaja kepada kerajaan negeri, tetapi lebih penting kepada seluruh Bangsa Johor dan negara Malaysia.

Semoga ketua-ketua kampung dan masyarakat yang baru dilantik ini dapat melaksanakan tugas dengan amanah dan penuh berdedikasi dalam memastikan nilai teras keselamatan negara iaitu Keselamatan Rakyat dapat dipelihara, diperkukuh dan dikekalkan bagi menjamin kelangsungan negara sebagai sebuah negara yang berdaulat, aman dan sejahtera.

Berita penuh sila rujuk : #MKNJohor

May be an image of 1 person and flower

May be an image of 1 person, standing, sitting and headscarf

May be an image of 9 people and people standing

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …