MALAYSIA MADANI: PENJAWAT AWAM TERENGGANU AKAN MEMBERI SOKONGAN PENUH

Semua penjawat awam Negeri Terengganu diseru untuk memberikan sepenuh kerjasama dengan kepimpinan kerajaan (Kerajaan Perpaduan) serta membawa semangat islah iaitu perubahan ke arah kebaikan demi negara. Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja berkata, perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat hendaklah sentiasa ada penambahbaikan sama ada dari segi sistem, peraturan dan proses kerja. Justeru supaya memperolehi penghasilan yang baik dan manfaat kepada semua selaras dengan slogan Malaysia Madani.

  • Penjawat awam juga harus bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas dan sentiasa memberikan perkhidmatan yang mengutamakan rakyat. Dalam usaha membawa penjawat awam negeri Terengganu ke arah kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di negeri ini, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Bijaya Raja memberikan penekanan kepada lima teori pengurusan awam yang penting diamalkan oleh semua jabatan.
Teori-teori berkenaan adalah kecekapan, amanah, organisasi berasaskan prestasi (Performance Based Organisations – PBOs), integriti (Pelan Integriti Nasional) dan kolaboratif.
 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …