KUNJUNGAN HORMAT PKN MKN PERAK KEPADA PANGLIMA BRIGED KEDUA INFANTRI MALAYSIA

Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak YBrs. Tuan Haji Khairul Ridzuan bin Hj Mat Said berkesempatan mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Brig Jen Mohd Azmurin bin Mat Khalib, Panglima Briged Kedua Infantri Malaysia di Pejabat Panglima 2 Briged hari ini. Kunjungan hormat ini diadakan bagi menghargai kerjasama Panglima 2 Briged sebagai rakan strategik MKN Perak sepanjang beliau menerajui 2 Briged sebelum Majlis Serah Terima Tugas Panglima 2 Briged pada 24 Feb 2023 nanti.

Sepanjang lebih 2 tahun sebagai Panglima Briged Kedua Infantri Malaysia , Brig Jen Mohd Azmurin bin Mat Khalib telah memberikan komitmen dan kerjasama yang tidak ternilai khususnya dalam aspek pengurusan keselamatan serta penglibatan beliau sebagai ahli tetap Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Perak dan sebagai Pengerusi Bersama dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Gerakan Negeri (JPGN) Perak. Selain itu, kerjasama erat yang dizahirkan melalui kepimpinan beliau telah banyak membantu dalam pengurusan Pandemik Covid-19 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Melalui kunjungan ini, PKN turut menyerahkan cenderahati sebagai kenangan dan penghargaan kepada Panglima Briged Kedua Infantri Malaysia. Turut hadir Mej Rosli Harun, Penolong pengarah (Tentera) mewakili MKN Perak. 

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNPerak

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …