KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN KETUA PENGARAH (PERANCANGAN) PERPADUAN KE PEJABAT MAJLIS KESELAMATAN NEGARA NEGERI SABAH

Kota Kinabalu Sabah : 13 Februari 2023 Kunjungan Hormat oleh Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Perpaduan, Tuan Mohd Fardhi bin Ahmad, ke atas Pengarah Keselamatan Negeri Sabah, Datuk Noor Alam Khan bin A Wahid Khan.

Pertemuan membincangkan ruang kerjasama dan memperkasakan hubungan strategik yang telah sekian lama terjalin antara dua agensi ini.

Perbincangan berlatarkan sejauh mana keselamatan dan perpaduan di Negeri Sabah ini dapat ditingkatkan dan memanfaatkan seluruh rakyat Negeri Sabah sesuai dengan Konsep Kerajaan Perpaduan. Aspek Madani juga menjadi teras dalam merancang program program strategik bersama rakyat di lapangan di samping mempromosi Dasar Keselamatan Negara kepada kumpulan sasar.

Sesungguhnya Perpaduan dan Keselamatan adalah tunjang kepada masyarakat Madani yang ampuh dan berpandangan jauh.

MKN Sabah mengucapkan setinggi tinggi Terima kasih kepada JPNIN Sabah di atas kunjungan ini.

#MalaysiaMadani
#KerajaanPerpaduanMalaysia
JPNIN Sabah

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …