“TERENGGANU HIJAB DAY”

Orang ramai diseru agar menyahut seruan program Hari Hijab Terengganu (Terengganu Hijab Day) menggalakkan pemakaian hijab yang sempurna menurut syariat. Program ini adalah inisiatif daripada Kerajaan negeri Terengganu untuk melaksanakan Terengganu Hijab Day (THD) di mana sambutannya adalah di seluruh daerah. Tahun ini merupakan tahun kelima kempen Terengganu Hijab Day yang diadakan bersempena dengan sambutan ‘World Hijab Day’ yang diadakan pada 1 Februari setiap tahun di seluruh dunia.

Selain itu, Terengganu Hijab Day adalah salah satu usaha kerajaan negeri bagi merealisasikan slogan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera. Tahun ini program Terengganu Hijab Day akan diadakan pada 20 Februari 2023 di Dewan Perdana Kompleks Pentadbiran Bandar Al- Wathiqu Billah, Kuala Nerus dan merupakan ia adalah anjuran Kerajaan negeri. Program tersebut akan diserikan lagi dengan jemputan Murabbi Sejuta Ummah, Ustaz Azhar Idrus pada hari tersebut.

Semua rakyat negeri Terengganu dijemput untuk hadir ke sambutan Terengganu Hijab Day pada 20 Februari 2023.

 

Sumber: TRDI

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …