CUBAAN SELUDUP 410,000 BATANG ROKOK PUTIH GAGAL

 

PASIR PUTEH – Taktik penyeludup menggunakan bot-bot kecil untuk mengangkut 410,000 batang rokok putih berjaya dipatahkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan di Pengkalan Kubor, Tumpat pada Ahad.

Kegiatan tersebut dikesan pada jam 3.45 pagi, selepas melihat pergerakan mengambil stok daripada kapal kargo di tengah laut untuk dibawa ke darat.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 41 bungkusan plastik hitam mengandungi rokok putih disyaki tidak bercukai dan dipercayai diseludup dari negara jiran.

Rampasan tersebut dianggarkan bernilai RM428,450 dan kes disiasat bawah Akta Kastam 1967.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Program Jualan …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  KPDN Pulau …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  PDN Pulau …