KPDN KELANTAN SITA KENDERAAN ASING DISYAKI SELEWENG MINYAK DIESEL

 

RANTAU PANJANG 12 Feb : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor Tumpat, Kelantan telah mengadakan ops bersepadu dalam Operasi Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan di sekitar Rantau Panjang, Kelantan dan sempadan negara disini semalam.
Sebuah kenderaan berpendaftaran asing yang dipandu oleh seorang lelaki warga asing telah di tahan di perkarangan pintu keluar masuk sempadan negara, CIQS Kompleks Kuarantin Kastam Imigresen Malaysia, Rantau Panjang, Kelantan pada jam 6.00 petang.
Siasatan lanjut akan dijalankan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 serta stesen minyak berkaitan juga akan diambil tindakan kerana disyaki melanggar arahan pengawal bekalan.
Modus operandi saspek masuk ke negara ini dan membuat pembelian secara berulang pengisian bahan bakar, kemudian keluar dari stesen dan dalam beberapa ketika kembali ke stesen untuk membuat pengisian bagi mengaburi pihak berkuasa.
Daripada pemeriksaan identiti didapati saspek warganegara asing dan memiliki dokumen perjalanan sah serta mengaku telah membeli sejumlah anggaran 80 liter diesel dari stesen minyak sekitar Rantau Panjang, Kelantan.
Siasatan lanjut dilakukan ke atas stesen minyak yang dikesan melalui pemerhatian berlaku kekerapan pembelian oleh saspek dan beberapa dokumentasi termasuk resit pembelian pembayaran serta salinan rakaman kamera litar tertutup turut disita.
Kes disiasat dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …