PEMIKIRAN STRATEGIK: MINDA KESELAMATAN MELALUI PERMAINAN PAPAN

Changlun, 10 Februari 2023 – Menggunakan pendekatan baharu dalam membentuk minda keselamatan di kalangan anak muda, MKN Kedah telah melaksanakan program bersama 50 orang pelajar Kolej Matrikulasi Kedah (KMK).

“Orang muda sukakan cara baru”

“Perihal keselamatan perihal yang serius. Tapi nak memahaminya boleh saja dibuat dengan santai. Sesuai dengan orang yang mendengar”.

“Kalau ceramah dari pagi, petang ni memang kami tak masuk dah”.

“Best. Nanti buat lagi ya!”.

Rata-rata maklumbalas yang diterima sangat memberangsangkan dan para peserta berasakan pendekatan seperti ini lebih menarik berbanding ceramah atau demonstrasi biasa yang diadakan oleh agensi keselamatan apabila mereka terlibat secara langsung dalam proses pembelajaran tersebut.

Menerapkan minda keselamatan melalui permainan papan, inisiatif baharu yang digerakkan ini dilihat menyantuni golongan remaja secara lebih santai dan membuka perspektif baharu kepada mereka mengenai konsep keselamatan menyeluruh yang turut ditekankan dalam Dasar Keselamatan Negara 2021-2025.

Program tersebut turut dihadiri oleh Encik Mohd Junaidi Abd Aziz, Timbalan Pengarah KMK dan Encik Bakhtiar Effendy Khalid, Ketua Penolong Pengarah MKN Kedah.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …