SEORANG LELAKI WARGA ASING DIREMAN DISYAKI TERLIBAT PENYELEWENGAN BARANG KAWALAN

 

TUMPAT 12 Feb : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Negeri Kelantan telah membuat permohonan reman terhadap seorang saspek warga asing di Mahkamah Majistret Tumpat, Kelantan disini hari ini.
Tindakan mengenai rampasan minyak diesel dengan anggaran sebanyak 320 liter bersama sebuah kenderaan berpendaftaran Malaysia dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan Rm 25,000 dan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Turut ditahan semasa serbuan seorang lelaki warganegara tempatan berumur 40an serta sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Cruiser Prado berpendaftaran tempatan di lokasi Kg. Simpangan, Tumpat Kelantan.
Saspek membuat pembelian minyak diesel secara berulang sekitar stesen minyak Daerah, Tumpat, Kelantan ke dalam tangki disyaki tambahan dan dalam tong-tong plastik.
Seterusnya kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi pertuduhan di Mahkamah selanjutnya.
Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan tindakan yang tegas akan diambil KPDN.
Kes disiasat dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1 juta atau tiga tahun penjara atau kedua-dua sekali bagi individu dan RM 2 juta bagi perbadanan.
KPDN Kelantan memberikan amaran keras kepada mana-mana individu yang menjalankan aktiviti yang tidak bermoral ini, seterusnya tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …