52 lelaki ditahan teroka REE secara haram

SIK – Seramai 52 lelaki ditahan kerana disyaki melakukan penerokaan unsur nadir bumi (REE) secara haram di Hutan Simpan Bukit Enggang di sini minggu lalu.

Operasi yang diketuai Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) itu turut merampas peralatan dan mesin yang dipercayai digunakan untuk kegiatan berkenaan.

Bagaimanapun, Pengarah JPNK, Muhamad Abdullah ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung kejadian.

Menurutnya, siasatan berhubung kes terbabit masih dijalankan.

“Kita masih menyiasat dan akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk proses seterusnya,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, mereka hanya mengetahui tangkapan dibuat melalui laporan media yang disiarkan sebelum ini.

“Operasi depa (mereka) buat sebelum ni tangkap lebih 50 orang, itu pun baca dari media, katanya ramai warga asing kemungkinan dari China.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan kerajaan negeri Kedah menggesa Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim agar mempercepatkan penetapan prosedur operasi standard (SOP) penerokaan REE untuk mengelakkan penyelewengan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ini kerana sumber mineral itu menarik minat ramai pihak yang secara tidak langsung membuka ruang kepada aktiviti penerokaan dan perlombongan REE secara haram.

Jelas Muhammad Sanusi, ketika permintaan sangat tinggi sudah tentu ada usaha untuk membawa keluar bahan mineral itu secara haram.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …