EKS _URBAN EAST COAST TIGER_ LANGKAH MEMPERKUKUH KESIAGAAN HARIMAU PANTAI TIMUR DALAM OBUA

 

KOK LANAS: Batalion Keenam Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (16 RAMD) telah melaksanakan Eksesais _Urban East Coast Tiger_ Siri 1/2023 yang berkonsepkan _Operation In Build-Up Area_ (OBUA) mulai 30 Jan 23 sehingga 03 Feb 23.
Eksesais yang dilaksanakan di Perkampungan OBUA Kem Desa Pahlawan ini adalah sebahagian daripada persiapan pasukan bagi menghadapi Eksesais Keris Strike Siri 28/23 mulai 17 Jul hingga 4 Ogos 23 nanti. Pelaksanaan eksesais ini telah melibatkan seramai 5 x Peg dan 89 x LLP yang diketuai oleh Ketua Komp A, Mej Mohammad Shafiq bin Abd Rahman serta dibantu oleh jurulatih dari Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) yang diketuai oleh Mej Hairin bin Mohd Razali.
Eksesais dimulakan dengan Kelas Pengenalan OBUA yang disampaikan oleh jurulatih dari PULADA kepada warga Harimau Pantai Timur sebelum diteruskan dengan latihan _Rapid Drill Exercise_ (RDX) dan OBUA _Drill Exercise_ (ODX) bagi tujuan memperkenalkan dan memperkemaskan pengendalian senjata, taktik dan teknik bagi Operasi di Kawasan Terbina.
Kemuncak kepada eksesais ini adalah serangan akhir ke atas lokasi musuh di kawasan terbina Sektor Phanter yang turut disaksikan oleh Lt Kol Mohd Azmi bin Mohd Nor, Pegawai Memerintah 16 RAMD sebelum diteruskan dengan upacara penutup dan menanggalkan toha latihan. Dalam ucapan penutup, Pegawai Memerintah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam eksesais ini terutamanya jurulatih dari PULADA kerana membantu pasukan dalam merealisasikan eksesais ini. Beliau amat berbangga dengan seluruh Warga Harimau Pantai Timur kerana telah mempamerkan tahap dan kualiti latihan yang membanggakan serta kekal positif dalam menimba ilmu.
Aktiviti ini sejajar dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Kelangsungan Misi Dan Kesiagaan.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut