PEMERIKSAAN OPS PASAR 2023 KPDN KELANTAN

 

KOTA BHARU 05 Feb : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah menjalankan Pemeriksaan Ops Pasar 2023 di lokasi-lokasi tumpuan awam dan keberadaan omnipresence, lebih efektif dan berkala sekitar Pasar Daerah dan Jajahan, Kelantan.
Objektif ini bertujuan bagi memantau dan memastikan setiap peniaga tidak menaikkan harga sewenang – wenangnya dan mematuhi perundangan Peraturan – Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang Tidak Munasabah) 2018.
Selain itu pemeriksaan dan pemantauan secara terperinci dan bersasar supaya barangan yang dijual mempunyai tanda harga dan memastikan tiada aktiviti pengambilan keuntungan secara tidak munasabah di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
Sebanyak 23 Notis Pengesahan Maklumat Barangan disempurnakan dibawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
KPDN Kelantan mengoptimumkan pengoperasian Bilik Gerakan, Enforcement Command Centre bagi memastikan kepentingan dan aduan pengguna dapat ditangani segera.
Sebarang aduan dan pertanyaan boleh dibuat melalui :-
👉Tel : 09-7416000
👉Whatsapp : click link
👉 Talian Hotline : 1-800-886-800

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …