JPJ PULAU PINANG: OPS PEMANDU WARGA ASING (PeWA)

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

Nilai Teras Keselamatan Negara 8: Keselamatan Rakyat (Penguatkuasaan Undang-Undang)

Unit Operasi, JPJ Negeri Pulau Pinang telah menjalankan penguatkuasaan Ops Pemandu Warga Asing (PeWA) di sekitar Jalan Bulatan Seberang Jaya pada awal pagi, 1 Februari 2023 (Rabu).
Penguatkuasaan ini diadakan bagi memastikan pemandu warga asing mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya serta memiliki lesen memandu yang sah dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang berkuatkuasa semasa memandu kenderaan di negara ini.
Sepanjang operasi ini dijalankan, sebanyak 16 buah motosikal dan 4 buah kereta yang dipandu warga asing telah disita dan disaman atas pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, Lesen kenderaan motor ( LKM ) tamat tempoh dan tiada perlindungan lnsuran, dengan pengeluaran notis sebanyak 43 saman. Pecahan kewarganegaraan yang dikenakan tindakan, Bangladesh 9, Rohingya 8, Indonesia 2 dan Pakistan 1.
Penguatkuasaan ini akan dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa dan tindakan tegas akan diambil ke atas pemandu warga asing tanpa kompromi bagi mereka yang engkar peraturan dan undang-undang ditetapkan semasa memandu di negara ini.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …