MENU RAHMAH DI MYDIN MELAKA

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Negeri (KPDN) Melaka telah mengadakan libat urus bersama wakil persatuan dan pemilik premis makanan untuk menggalakkan mereka menyertai inisiatif Menu Rahmah. Pengarah KPDN Melaka, Pn. Norena Jaafar berkata, walaupun tiada jumlah sasaran premis yang ditetapkan untuk menyertai inisiatif ini yang merupakan sebahagian dari program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam sama-sama membantu rakyat yang memerlukan untuk menikmati hidangan lengkap pada harga mampu milik.

“Setakat ini libat urus telah diadakan antara beberapa wakil persatuan termasuklah Malaysia Retailers Association (MRA) dan Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia. Kita tiada jumlah sasaran ditetapkan namun ia bergantung kepada sambutan dan sokongan pengusaha kedai makan serta persatuan restoran Melaka yang akan menyertai. Ini kerana Menu Rahmah adalah ‘private driven initiatives’ dengan sokongan daripada KPDN,” katanya.

Katanya, KPDN bercadang untuk melaksanakan Program Menu Rahmah di seluruh negara dan majlis pelancaran akan diadakan secara berperingkat termasuklah juga di Melaka.

Sumber: Melaka Hari Ini

#MalaysiaMadani #DemiPertiwi

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …