MELAKA TUAN RUMAH SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN

Melaka bakal menjadi tuan rumah bagi Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan pada tahun ini. Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi negeri, YB Datuk Rais Yasin berkata, sambutan itu akan diadakan selama tiga hari bermula pada 14, 15 dan 16 Mei depan. Katanya, majlis sambutan itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya berbangga Kementerian Pendidikan Malaysian (KPM) memilih Melaka sebagai lokasi tuan rumah Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2023. Program selama tiga hari itu akan diadakan di pelbagai lokasi di negeri ini dan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh merupakan lokasi bagi acara kemuncak sambutan tersebut. Antara aktiviti yang akan dilakukan adalah wakil-wakil guru akan membuat larian membawa bendera negeri masing-masing pada acara kemuncak di MITC nanti,” katanya kepada pihak media.

SUMBER: MELAKA HARI INI

#MalaysiaMadani #DemiPertiwi

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …