GERAI MPHTJ UNTUK PENIAGA KECIL

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN 2021 – 2025)

TERAS 4 – TADBIR URUS YANG BAIK

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mahu menempatkan semua penjaja kecil kawasan pentadbirannya di gerai- gerai MPHTJ yang masih kosong atau belum disewakan. Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron berkata, itu antara hasrat beliau dalam mentadbir MPHTJ dan inisiatif itu bagi memberi lebih keselesaan kepada penjaja kecil untuk mengubah gaya hidup mereka khususnya dalam memperluas perniagaan mereka.

“Saya mahu semua penjaja tepi jalan dalam kawasan MPHTJ yang sudah mempunyai lesen dinaik taraf dengan dipindahkan masuk ke gerai-gerai MPHTJ yang masih kosong. Penjaja ini tidak perlu berniaga di tepi jalan terlalu lama, sebab apa yang mereka bayar pada setiap bulan kepada kita sama sahaja dengan bayaran sewa gerai majlis yang masih kosong. Ini salah satu usaha kita untuk cuba menaik taraf kehidupan penjaja-penjaja kecil yang di tepi jalan ini ke arah yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melafaz sumpah sebagai Datuk Bandar MBMB yang baharu berkuatkuasa hari ini di hadapan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman bin Md Ali di Bilik Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di Seri Negeri, Ayer Keroh.

SUMBER: MELAKA HARI INI

#DKNMy #MKNMelaka

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …