DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
Nilai Teras Keselamatan Negara 8: Keselamatan Rakyat (Penguatkuasaan Undang-Undang)
Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Barat Daya telah melaksanakan advokasi dengan memberi nasihat dan didikan kepada pengguna jalan raya supaya sentiasa mengutamakan keselamatan dan mematuhi undang-undang asas jalanraya di kawasan lampu isyarat. Kempen advokasi telah dijalankan di lampu isyarat di sepanjang jalan Permatang Damar Laut.
Pelaksanaan kempen ini juga bertujuan untuk menangani masalah yang sering terjadi seperti kenderaan yang berhenti melepasi garisan putih dan gagal memberhentikan kenderaan semasa lampu isyarat merah. Kempen ini merupakan salah satu inisiatif yang diambil agar dapat memberi kesedaran tentang peraturan jalan raya dan dapat mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya terutamanya di musim perayaan.