OPERASI BERSEPADU KPDN CAWANGAN GUA MUSANG BERSAMA JABATAN VETERINAR GUA MUSANG

 

GUA MUSANG 31 Jan : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Cawangan Gua Musang telah mengadakan operasi bersepadu bersama Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Veterinar Gua Musang di premis sekitar Paloh dan Chiku, Gua Musang, Kelantan.
Operasi bersepadu ini dijalankan melibatkan pemeriksaan barang kawalan berjadual, penandaan harga, alat timbang sukat dibawah Akta yang dikuatkuasakan KPDN dan lain-lain perundangan dibawah agensi.
2 tindakan kes telah dihasilkan dibawah Akta Kawalan Harga & Anti Pencatutan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.
KPDN sentiasa bekerjasama dengan semua jabatan dan agensi bagi memperkasakan lagi keberadaan Pegawai Penguat Kuasa serta peniaga mematuhi perundangan yang ditetapkan kerajaan.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …