PASAR BAHARU SITI HAJAR CAPAI KEMAJUAN 73 PERATUS

 

PASIR PUTEH – Pembangunan Pasar Baharu Siti Hajar sedang giat dilaksanakan kini telah mencapai kemajuan 73 peratus.
Pasar tersebut menempatkan kiosk jualan pakaian dan barangan kering.
Menurut Pihak Majlis Daerah Pasir Puteh, bangunan yang dibina di atas tanah berkeluasan 1.36 hektar itu diperuntukkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebanyak RM2.69 juta.
Projek itu telah dimulakan pada September 2021 dan dijangka siap pada Mac 2023 nanti.
Apabila siapnya pasar baharu tersebut, ruang pasar kering di pasar lama akan berpindah ke bangunan baharu dan ruang sedia ada akan digunakan sepenuhnya untuk pasar basah dan separa kering.
Selain lokasinya yang strategik, pasar baharu tersebut dibina bertujuan untuk memberi kemudahan dan fasiliti yang lebih teratur dan bersepadu dari aspek operasi dan keselesaan peniaga serta pengunjung.
Antara komponen yang dibangunkan ialah bangunan pasar terbuka, pondok pengawal, tandas, rumah sampah dan surau.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …