TIADA JANGKITAN ASF DI LADANG BABI KOMERSIAL DI NEGERI SEMBILAN

JELEBU, 29 Januari- Tiada jangkitan baharu berkaitan penyakit African Swine Fever (ASF) atau Demam Babi Afrika yang direkodkan di ladang babi komersial di Negeri Sembilan, setakat ini.

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Bakri Sawir berkata, laporan terkini menyatakan hanya seekor babi hutan yang dikesan positif penyakit itu pada 3 Januari lalu.

Tambahnya, orang ramai tidak perlu panik kerana penyakit ASF tidak berjangkit pada manusia.

“Ia bukanlah satu penyakit zoonotik yang boleh berjangkit kepada manusia. Tidak, ASF bukan penyakit zoonotik,” katanya ketika ditemui media di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang, di sini.

Ujarnya lagi, jangkitan ASF di Negeri Sembilan ketika ini adalah terkawal.

Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai agar segera melaporkan kejadian kematian babi hutan atau ternakan komersial kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dengan segera untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Berita RTM

 

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut