FAHAMI APA ITU JENAYAH SEKSUAL KANAK-KANAK.

Jenayah seksual atau amang seksual yang berlaku dikalangan kanak-kanak semakin meningkat dan menjadi kerisauan setiap ibu bapa. Di antara jenayah seksual yang direkodkakan oleh PDRM adalah seperti  rogol, cabul, sumbang mahram, luar tabii, pornografi kanak-kanak dan komunikasi secara seksual. Pesalah-pesalah yang disabitkan dengan aktiviti-aktiviti berkenaan boleh dijatuhkan hukuman mengikut Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) atau  dibawah kanun keseksaan.

Diantara hukuman yang akan dikenakan dibawah kanun keseksaan adalah seperti berikut:

1. Penjara (max 10 tahun atau 30 tahun) dan sebatan – Kesalahan rogol bawah unur (16 Thn ke bawah) @ hubungan seksual dengan perempuan (12 thn ke bawah)

2. Penjara (max 10 tahun atau 30 tahun) dan sebatan – Kesalahan Sumbang mahram

3. Penjara (max 20 tahun) – Kesalahan Liwat

4. Penjara (max 10 tahun) dan sebatan – Kesalahan Cabul

 

Diantara hukuman yang akan dikenakan dibawah Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) adalah seperti berikut:

1. Penjara (max 30 tahun) – Kesalahan Pornografi

2. Penjara (max 10 tahun) – Kesalahan Komunikasi secara seksual

3. Penjara (max 5 tahun) & Sebatan – Kesalahan Pengantuan Kanak-kanak

4. Penjara (max 10 tahun) & Sebatan – Kesalahan Perjumpaan selepas pengantuan

5. Penjara (max 20 tahun) & Sebatan – Kesalahan Amang seksual fizikal

 

Antara usaha Kerajaan dalam menangani  jenayah seksual kanak-kanak adalah seperti :

1. Program advokasi (Kempen keselamatan kanak-kanak, Sahabat BIJAK di sekolah)

2. Penalti yang berat kepada pesalah (30 tahun maksimum penjara)

3. Pembangunan SOP memperketatkan kemasukan pesalah jenayah seksual ke dalam negara.

4. Jalinan kerjasama dengan UNICEF

5. Penggubalan Akta

6. Penubuhan Mahkamah jenayah seksual terhadap kanak-kanak

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …