USAH BIMBANG KE PORT DICKSON, ASF TIDAK JANGKITI MANUSIA

PUTRAJAYA, 29 Januari- Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menjelaskan bahawa penyakit African Swine Fever (ASF) atau Demam Babi Afrika yang tular di media sosial baru-baru ini bukan penyakit zoonotik dan tidak menjangkiti manusia.

JPV dalam kenyataan memaklumkan, sehingga kini, jangkitan penyakit ASF di Negeri Sembilan adalah terkawal dan tiada lagi laporan kematian pada babi hutan mahupun ternakan babi komersil susulan kejadian kes ASF di sini pada 3 Januari lalu.

“Sehubungan itu, orang awam tidak perlu bimbang untuk berkunjung ke Port Dickson,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JPV mengesahkan kejadian penyakit ASF melibatkan seekor babi hutan yang ditemui mati di Ladang Sengkang, Pasir Panjang, Port Dickson pada 3 Januari lalu.

“Pengesahan dibuat menerusi ujian Real-Time Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) ke atas sampel tulang yang diambil dari bangkai babi terbabit,” katanya.

JPV turut memohon jasa baik semua pihak agar tidak menularkan berita yang tidak tepat dan segera merujuk kepada jabatan tersebut bagi mendapatkan maklumat lanjut.

“Orang awam boleh merujuk kepada poster atau video yang telah dihebahkan bagi meningkatkan lagi kesedaran berkaitan penyakit ini,” katanya.

Penternak dan orang awam juga diminta segera melaporkan sebarang kematian pada babi hutan, babi kampung atau babi komersial kepada Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah (PPVD) atau Pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri yang berdekatan untuk tindakan lanjut.

“Laporan boleh dibuat menerusi hotline Bilik Pengurusan Krisis Penyakit, Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Putrajaya di talian 03-8870 2041 atau Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan di talian 06-762 8857,” katanya

Sumber: Berita RTM

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …