SEMUA RAKYAT NEGERI SEMBILAN DISASAR MILIKI KEDIAMAN SENDIRI

KUALA PILAH, 30 Januari – Kerajaan Negeri Sembilan komited memperketatkan syarat dasar pembangunan projek perumahan di negeri itu, dalam usaha memastikan semua rakyat negerinya memiliki kediaman sendiri.

Menurut Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, Teo Kok Seong inisiatif itu bagi membolehkan situasi menang-menang antara syarikat pembinaan dan kerajaan Negeri Sembilan membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Sejak ia dilaksanakan pada tahun 2018 sebanyak 27,000 rumah mampu milik dibina dan sedang dalam pembinaan dikhususkan kepada golongan sasaran.

“Ini satu usaha kita memastikan khususnya kepada rakan-rakan kita yang berpendapatan rendah adanya peluang memiliki rumah yang didiami mereka,” kata Teo Kok Seong kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pengundian Rumah Mampu Milik Type A, Taman Juasseh Sentosa fasa Dua di sini.

Dasar Pembangunan Perumahan Negeri Sembilan menyarankan 50 peratus daripada keseluruhan sesebuah projek pembinaan adalah rumah berharga kurang daripada RM400,000.

Tiga kategori rumah mampu milik adalah jenis A iaitu berharga RM80,000 sebanyak 20 peratus, jenis B berharga RM250,000 sebanyak 15 peratus dan jenis C berharga RM400,000 juga 15 peratus.

sumber: Berita RTM

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …