JPJ PULAU PINANG: PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT SEMASA MEMANDU ANTARA KESALAHAN UTAMA DIKESAN DALAM OPS TBC 2023

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA TERAS 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

Sepanjang Ops TBC 2023 bermula 18 Januari sehingga 26 Januari 2023, penggunaan telefon bimbit semasa memandu adalah antara kesalahan utama tertinggi dikesan JPJ Negeri Pulau Pinang dalam Ops TBC 2023, dengan 49 notis saman dikeluarkan terhadap pemandu yang melakukan kesalahan tersebut.

Antara penggunaan telefon bimbit semasa memandu adalah seperti menjawab panggilan, melayari whatsApp, facebook dan sebagainya. Sikap sedemikian boleh menyebabkan pemandu hilang fokus pemanduan di jalan raya, berbahaya kepada pemandu itu sendiri dan pengguna jalan raya yang lain. Sikap sebegini di kalangan segelintir pemandu, boleh menyebabkan kemalangan disebabkan kelekaan, serta memperlahankan masa tindakbalas semasa pemanduan.

Menurut Miros, kajian mendapati bahawa pemandu yang menggunakan telefon bimbit semasa memandu boleh menyebabkan kenderaan tersasar dari lorong, terlepas simpang, melanggar pejalan kaki dan melanggar lampu merah.

Untuk makluman pengguna jalan raya, kesalahan dibawah Subkaedah 17 A(1) Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959, iaitu penggunaan telefon bimbit / alat komunikasi semasa memandu boleh menyebabkan mata demerit dalam sistem Kejara.

Pengguna jalan raya adalah dinasihatkan supaya patuh kepada peraturan dan undang-undang ketika memandu untuk mengelakkan dari dikenakan tindakan penguatkuasaan. Pengguna jalan raya juga dinasihat memandu dengan cermat dan berhemah di jalan raya agar bebas dari kemalangan yang boleh menyebabkan kecederaan atau meragut nyawa sendiri atau pengguna jalan raya yang lain dan kerugian harta serta pembaziran masa akibat dari kemalangan disebabkan faktor kecuaian dan ketidakpatuhan pada peratuan dan undang-undang yang berkuatkuasa. Pandu Cermat Sampai Selamat.

Artikel/Berita Terkini

SEREMBAN SENTRAL BAKAL UBAH SEREMBAN JADI PUSAT BANDAR MODEN, SELESA

Projek pembangunan bersepadu Seremban Sentral yang akan dimajukan oleh Sunway Bhd bakal mengubah bandar Seremban yang lama menjadi pusat bandar …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN PERTAHAN CADANGAN PELUPUSAN ANJING LIAR

Kerajaan Negeri Sembilan mempertahankan keputusan melaksanakan pelupusan anjing liar yang dimulakan di kawasan majoriti Melayu demi menyelesaikan masalah umum. Menurut …
Maklumat Lanjut

PATI ‘KEPANASAN’ DISERBU, SANGGUP TERJUN SETINGGI ENAM METER

Nekad terjun dari platform setinggi enam meter dan bersembunyi di celah barang binaan antara gelagat pendatang asing tanpa asing (PATI) …
Maklumat Lanjut