OLEK ADAT LINGKUNGAN DAN LUAK TANAH MENGANDUNG SEMPENA SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN DULI YANG MAHA MULIA YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN KE–75

Bersempena dengan Sambutan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke–75 pihak Lembaga Muzium Negeri Sembilan akan menganjurkan program khas iaitu Olek Adat Lingkungan dan Luak Tanah Mengandung(Adat Lingkungan Istana Besar Seri Menanti, Luak Ulu Muar, Luak Jempol, Luak Terachi, Luak Gunung Pasir dan Luak Inas).

Program yang menjadi antara pengisian utama bersempena dengan Sambutan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke–75 Tahun 2023 ini akan diadakan pada 14 Januari dan 15 Januari 2023 (Sabtu dan Ahad) bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang di Perkarangan Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti, Kuala Pilah.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara dato’-dato’ lembaga dan ibu-ibu soko Adat Lingkungan Istana Besar Seri Menanti, Luak Ulu Muar, Luak Jempol, Luak Terachi, Luak Gunung Pasir dan Luak Inas, mengetengahkan kepada masyarakat mengenai teras utama yang terdapat dalam Adat Perpatih selain daripada kepimpinan, persempadanan, seni, budaya dan lain-lain lagi.

Pada masa yang sama ia menyemarakkan lagi program Adat Lingkungan Istana Besar Seri Menanti, Luak Ulu Muar, Luak Jempol, Luak Terachi, Luak Gunung Pasir dan Luak Inas di bawah dana memperkasakan Adat Perpatih yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri di bawah pimpinan YAB Menteri Besar.

Semoga dengan penganjuran program ini akan dapat menarik bukan sahaja minat masyarakat khususnya generasi muda untuk mengenali seni dan budaya Adat Lingkungan, Luak Ulu Muar, Luak Jempol, Luak Terachi, Luak Gunung Pasir dan Luak Inas malahan dapat menarik kedatangan pelancong tempatan dan luar ke Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti.

sumber: Muzium Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …