MISI BANTUAN PASCA BANJIR PANTAI TIMUR

Seremban, 9 Januari 2023 – YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus telah melancarkan sesi perlepasan Misi Bantuan Mangsa Banjir Pantai Timur 2023 di Kediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan.

Ekoran bencana banjir yang menimpa negeri-negeri di Pantai Timur, Kerajaan Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk menghantar sumbangan dan barangan keperluan yang diketuai oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Pihak Berkuasa Tempatan. Pada masa yang sama, Majlis Bandaraya Seremban turut menghantar wakil kakitangan dalam menjayakan Misi Bantuan Mangsa Banjir Pantai Timur ini.

Turut hadir pada sesi pelepasan itu tadi YB ADUN, Pegawai-Pegawai Kanan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YBhg. Dato’ Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, Yang Dipertua-Yang Dipertua Pihak berkuasa Tempatan Negeri Sembilan & Pegawai-Pegawai Daerah Negeri Sembilan.

Sumber: Facebook MBS

Artikel/Berita Terkini

MELENTUR TOLERANSI MELALUI PERAYAAN: MANIFESTASI SIKAP LIBERAL BUDAYA DI MALAYSIA

Sambutan Hari Deepavali yang baru sahaja berlalu membuktikan sekali lagi bahawa Malaysia merupakan sebuah negara masyarakat majmuk yang unik dan …

ANCAMAN PERISIAN HASAD XCPE TERHADAP KESELAMATAN PERANTI PINTAR

Perisian hasad XCPE atau pintu belakang (backdoor) x.cpe merupakan antara ancaman siber paling berbahaya yang kini dilaporkan telah menjangkiti lebih …

MISTERI DI BALIK TABIR TIDUR: ANTARA MIMPI, PETANDA, DAN MITOS

Malam melabuhkan tirainya, dan ketika kelopak mata mula rapat, roh kita seolah-olah dibawa terbang ke satu alam yang asing namun …