TERENGGANU MENGANJURKAN ASEAN MONSOON CASTING TOURNAMENT DI TASIK KENYIR

—————————————————————————————————————————————-
HULU TERENGGANU, 6 DISEMBER 2022
—————————————————————————————————————————————-
Asean Monsoon Casting Tournament (AMCT) 2022 anjuran Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dengan kerjasama Tourism Malaysia yang berlangsung di Tasik Kenyir telah berjaya menghimpunkan seramai 444 peserta tempatan dan luar negara, termasuk Thailand 18 peserta, Amerika Syarikat 14 peserta, Singapura 3 peserta an beberapa penyertaan dari Lithuania untuk saingan kali ini.
Program selama empat hari ini bermula 2 disember hingga 5 disember ini turut melibatkan 24 buah houseboat dan 60 kayak dipecahkan kepada empat kategori iaitu King Of Sebarau, King Of Toman, King Of Special dan Bes Of Barra. Penganjuran AMCT yang mula diperkenalkan sejak 2009 dan diadakan secara tahunan ini bukan sahaja dapat menonjolkan lagi imej Tasik Kenyir kepada pengunjung luar Terengganu, malah di persada dunia melalui penyertaan peserta antarabangsa.
Pada masa sama turut memberi banyak manfaat, terutama kepada pengusaha houseboat, pemandu bot Tasik Kenyir dan juga penduduk kampung yang turut mendapat limpahan ekonomi secara langsung kesan dari kedatangan pengunjung ke Tasik Kenyir. Berkonsepkan tangkap dan lepas, AMCT mampu memupuk kesedaran awam terutama peminat aktiviti memancing dalam usaha pemuliharaan dan pemeliharaan ekosistem dan biologi marin di Tasik Kenyir.
Berdasarkan rekod, sejumlah 500000 anak benih ikan spesies eksotik tempatan asli, termasuk Temoleh, Lampam, Kelah, Jelawat, Kerandang dan sebarau telah dilepaskan penganjur setiap kali penganjuran AMCT mulai 2015 hingga tahun lalu (2021). Manakala bagi penganjuran kali ini sejumlah 10,000 anak ikan lampam hasil sumbangan Jabatan Perikanan Negeri Terengganu turut dilepaskan sebagai usaha mengalakkan pemancing meraih kemenangan. Diharapkan program ini dapat membantu spesis ikan air tawar eksotik Tasik Kenyir terus berkembang biak.
  

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut