PROGRAM (CBSM) KOMUNITI PINGIRAN KOTA, PULAU GAYA, KOTA KINABALU SABAH

Pulau Gaya, Kota Kinabalu Sabah Dari daratan seterusnya ke pulau, MKN Sabah tidak jemu meneruskan agenda keselamatan.  MKN telah turun padang menyantuni komuniti Pulau Gaya.

MKN Sabah telah mengajak bersama agensi berkaitan seperti PDRM, APM, RELA dan DBKK. Sesi amat rancak dengan interaksi antara penduduk dan penganjur berkenaan tentang tanggungjawab dan peranan mereka membantu kerajaan dalam menjaga keselamatan.

Antara aspek lain yang ditekankan dalam program ini juga adalah kebersihan. Longgokan sampah bukan sahaja menyakitkan mata namun boleh membawa penyakit. Gotong royong membersihkan kawasan sekitar Pulau Gaya telah diadakan bersama penduduk sebelum bermulanya taklimat Dasar Keselamatan Negara dan persediaan menghadapi Monsun Timur Laut.

Paling menyejukkan mata melihat komuniti, agensi kerajaan saling bekerjsama dengan harmoni dalam mendukung dasar keselamatan demi mengekalkan keharmonian dan perpaduan di kalangan penduduk setempat.

Pengarah Keselamatan Negeri sendiri berkenan menyertai program ini bersama pegawai-pegawai MKN yang lain.

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …