TAK KENAL? TAK PERNAH BERJUMPA? JANGAN LAYAN!

????? ??????????? ?????? 2021-2025
????? ????? ??????????? ?????? 8: ??????????? ?????? (Keselamatan Dalam Negeri)

Sentiasa berasa curiga dengan panggilan telefon dari nombor yang tidak dikenali atau didekati oleh individu yang tidak dikenali. Konsep perhubungan secara dalam talian sebenarnya adalah sama jika secara fizikal.

Fizikal :

Jika orang yang tidak dikenali ketuk pintu rumah. Kita akan berwaspada untuk membuka pintu dan kita hanya akan berurusan melalui tingkap atau pagar besi.

Jika individu tersebut mengaku sebagai pihak berkuasa dan bertanya tentang barang-barang yang terdapat di dalam rumah, kita pasti tidak akan dedahkan.

Kita akan persoalkan kenapa dia perlu tau barang dalam rumah? Boleh jadi individu tersebut adalah penyamun yang menyamar sebagai pihak berkuasa kan?

Perkara yang sama perlu diamalkan semasa berurusan secara dalam talian.

Dalam Talian (Online):

Nombor yang tidak dikenali hubungi anda. Individu tersebut mengaku sebagai pihak berkuasa dan bertanya tentang wang simpanan dan akaun bank anda. Jangan dedahkan! Mereka adalah penyamar.

Pihak berkuasa tidak akan meminta maklumat wang simpanan atau maklumat akaun bank anda untuk tujuan siasatan. Lagi-lagi melalui panggilan telefon.

Sumber:

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), PDRM

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …