HUBUNGI PUSAT RESPONS SCAM KEBANGSAAN (NSRC) JIKA ANDA ADALAH MANGSA JENAYAH SIBER

????? ??????????? ?????? 2021-2025
????? ????? ??????????? ?????? 8: ??????????? ?????? (Jenayah Siber)

Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) merupakan usaha sama antara Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (National Anti-Financial Crime Centre, NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta institusi kewangan dan industri telekomunikasi.

NSRC adalah pusat operasi untuk menyelaraskan tindak balas pantas terhadap penipuan kewangan dalam talian. Di antara penipuan kewangan dalam talian ini adalah memancing data (phishing), Macau scam, serangan perisian hasad (malware), penipuan penghantaran barangan atau bungkusan (parcel scam) dan love scam.

Adalah diingatkan bahawa NSRC, PDRM, BNM atau institusi perbankan hanya akan menghubungi anda sekiranya anda sudah membuat laporan insiden penipuan kepada pihak tersebut. Pihak tersebut tidak akan sama sekali meminta maklumat perbankan peribadi anda, contohnya nama pengguna (username), kata laluan, nombor PIN, TAC atau OTP.

Sekiranya anda menyedari berlakunya transaksi yang tidak dibenarkan atau tidak disedari dalam akaun bank anda, segera hubungi hotline bank anda yang beroperasi 24 jam setiap hari (hotline bank 24/7) atau hubungi talian hotline NSRC iaitu 997 (talian ini boleh dihubungi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari, termasuk cuti umum). Hubungi segera bank atau NSRC untuk membantu mengurangkan kerugian yang dialami, walaupun tiada jaminan bahawa anda akan mendapat semula wang anda.

 

Sumber:

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), PDRM

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …