PROGRAM INISIATIF PENDIGITALAN SEKTOR PERUNCITAN (RETAIL DIGITALISATION INITIATIVE) ReDI

 

TUMPAT 16 Nov : Seksyen Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri, Pejabat KPDNHEP Negeri Kelantan telah mengadakan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) sempena Jelajah GO Digital MPUK Tumpat bertempat di Pasar Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan disini hari ini.
Objektif disasarkan kepada peniaga-peniaga di sekitar Pasar Pengkalan Kubor Tumpat, Kelantan bagi promosi pendaftaran e-wallet.
KPDNHEP mengadakan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) bagi membantu pengurusan perniagaan pengusaha kecil malah turut memudahkan pengguna dengan mempelbagaikan kaedah penerimaan pembayaran.
Turut diadakan Taklimat Pengurusan Pendaftaran Produk Pendigitalan Sektoral Peruncitan disampaikan oleh YBrs.Tuan Jibnurdin bin Saharudin, Ketua Seksyen Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri, KPDNHEP Kelantan.
Untuk rekod program berlangsung selama 2 hari bermula hari ini sehingga esok dan pembukaan reruai pendaftaran e-wallet dibuka dengan penglibatan Ewallet seperti TnG, Boost, dan Kelantan Pay bersama agensi lain.
Jutaan terima kasih kepada seluruh peniaga Pasar dibawah Persatuan Peniaga Pasar atas sambutan sokongan dan pendaftaran peniaga-peniaga terhadap penggunaan e-wallet ini.
Program ini turut berlangsung dengan kerjasama Kelantan ICT Gateway Sdn Bhd, Boost, Bank Islam Malaysia Berhad, Telekom Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, Maxis dan Penyedia E-Wallet terpilih.
Majlis Pelancaran Jelajah GO Digital MPUK Tumpat ini disempurnakan oleh YB. Hj Wan Roslan Wan Hamat.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …