TOP GUN FP 300, MODEL DRON TERKINI DALAM TEKNOLOGI PERTANIAN

 

PASIR PUTEH – Penggunaan teknologi dron dalam bidang pertanian semakin giat dijalankan, semalam telah berlangsung Program Demonstrasi Dron Pertanian Model Terkini Top Gun FP 300 kepada Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Semerak di Kampung Golok, semalam.
Dalam program tersebut telah berlangsung demo menabur benih dibendang yang bertujuan mendedahkan masyarakat tani mengenai kepentingan teknologi terkini dalam bidang pertanian khususnya dalam penggunaan dron dan teknik pertanian yang tepat bagi memaksimumkan hasil keluaran mereka.
Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Negeri Kelantan YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, selain dapat meningkatkan kemajuan dalam pertumbuhan ekonomi pertanian negeri, penggunaan teknologi tersebut juga dapat membantu meningkatkan pendapatan kepada petani, nelayan, penternak dan usahawan tani.
“Dalam aspek menyokong usaha Kerajaan Negeri meningkatkan lagi produktiviti tanaman terutamanya padi, Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) telah bekerjasama dengan syarikat pengeluar Dron Pertanian terkenal dalam negara untuk menghasilkan model Top Gun FP 300 untuk digunapakai dalam sektor pertanian di negeri ini,” katanya.
Para petani yang berminat membeli dron melalui pembiayaan institusi perbankan boleh menghubungi www.wasap.my/+60139587844/dron

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …