SAMBUTAN HARI PENGUATKUASA PERBADANAN PUTRAJAYA

PUTRAJAYA – Sambutan Hari Penguat Kuasa Perbadanan Putrajaya pada tahun ini telah diadakan dengan penuh protokol dan istiadat di mana perbarisan kawalan kehormat yang melibatkan seramai 60 Anggota dan 3 pegawai.

Majlis perbarisan pada kali ini menyaksikan pegawai Penguat Kuasa Inspektor Kanan Abdul Samad Bin Haji Sulaiman dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Terpuji yang dikhaskan kepada beliau yang bakal bersara pada 31 Mac 2023. Manakala 7 anggota penguat kuasa dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Setia dan Pingat Perkhidmatan Penguat Kuasa sebagai tanda penghargaan pihak Perbadanan kepada anggota yang telah berkhidmat melebihi 10 dan 20 tahun.

Majlis juga turut menyaksikan Ketua Pengarah Penyiaran, YBhg. Dato’ Haji Che Roslan Bin Che Daud mengetuai senarai penerima Lencana Kehormat Kemahiran Berkuda dengan diikuti oleh 5 penerima lain yang terdiri dari Naib-Naib Presiden PPj dan juga Pengarah-Pengarah PPj.

Presiden PPj menyeru agar Bahagian Penguatkuasa PPj terus merancang dan melaksanakan aktiviti dan program samada di peringkat dalaman mahupun luaran yang menjurus kepada meningkatkan kecemerlangan dan mutu perkhidmatan di samping mempertahankan Imej Penguatkuasa dan PPj.

#Putrajaya

#KeluargaMalaysia

#IndahnyaPutrajaya

 

SUMBER: Perbadanan Putrajaya

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …