MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN DEEPAVALI KUALA LUMPUR 2022

KUALA LUMPUR, 20 OKTOBER 2022 – Kemeriahan dan keriangan Deepavali menjadi lebih bermakna apabila ianya dapat dikongsi bersama dengan mereka yang serba kekurangan dan memerlukan. YBhg. Datuk Hj. Azmi bin Abdul Hamid, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL telah hadir ke Pusat Komuniti Sentul Perdana bagi menyampaikan sumbangan kepada 300 orang penerima di kawasan Parlimen Batu.

Penerima sumbangan ini terdiri daripada orang kelainan upaya (OKU), warga emas, ibu tunggal serta golongan miskin bandar yang menetap di Perumahan Awam / PPR DBKL dan tidak pernah menerima apa-apa bantuan sebelum ini.

Setiap penerima akan menerima wang tunai, dan juga goodies berbentuk maruku dan manisan tradisional kaum India sebagai persiapan menyambut perayaan Deepavali. Majlis sumbangan seumpama ini akan turut dilaksanakan di 10 kawasan parlimen WPKL yang lain melibatkan 100 orang penerima bagi setiap parlimen. Turut menghadiri majlis tersebut adalah YBrs. Encik Ismadi bin Syakirin, Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar dan Tuan Hj. Ghulam Muszaffar, Pengerusi Parlimen MPP Zon Batu.

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

SUMBER: DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …