PROGRAM LIBAT SAMA DBKL BERSAMA PENIAGA FOOD TRUCK DI JALAN DUNGUN, DAMANSARA KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 19 OKTOBER 2022 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Penguatkuasaan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar, Pejabat Cawangan Segambut telah melaksanakan Program Libat Sama Masyarakat (Penjaja / Peniaga/Orang Awam) di Jalan Dungun, Damansara Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2022.

Program libat sama ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Pelan Strategik Penguatkuasaan DBKL 2022-2026 yang memfokuskan penguatkuasaan menyeluruh dan berintegriti selaras dengan Pelan Strategik DBKL 2021-2030. Program diketuai oleh YBrs. PPj(K) Mohd Zulhainan bin Hj. Mohd Isa, Timbalan Pengarah Kanan, Jabatan Penguatkuasaan DBKL bersama Dr. Umi binti Ahmad, Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL.

Melalui program ini, seramai 50 orang peniaga/penjaja pengendali makanan telah diberikan suntikan Thypoid secara percuma serta menyantuni (enggagement) sejumlah 66 peniaga/penjaja makanan dan minuman yang menggunakan kendera saji (food truck) sekitar kawasan Jalan Dungun. Mereka turut diberikan penerangan melalui pengedaran risalah berkaitan pengetahuan bidang pengendali makanan serta kesalahan-kesalahan melibatkan pelanggaran undang-undang dan aspek kebersihan perniagaan.

DBKL turut membuka kaunter semakan dan bayaran kompaun bagi membolehkan peniaga atau pengunjung untuk membuat semakan atau bayaran secara langsung. Seramai 31 orang mengunjungi kaunter yang telah disediakan sepanjang tempoh program berlangsung.

Program libat sama ini mencapai matlamat dan berjaya dilaksanakan dengan sambutan dari para peniaga dan orang awam sekitar kawasan serta DBKL mendapat kerja sama yang erat dari pihak Persatuan Usahawan Food Truck Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Program ini akan diteruskan dilokasi lain yang telah dirancang dalam masa terdekat bagi mencapai objektif dan matlamat Pelan Strategik DBKL 2021-2030.

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

 

SUMBER: DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

HATI-HATI! JANGAN KONGSI BAKI AKAUN KWSP ANDA KEPADA UMUM

Hati-hati! Jangan kongsi baki akaun KWSP anda kepada umum. Scammer sedang memerhati. Jangan jadi mangsa scammer! #KWSP …
Maklumat Lanjut

MONSUN BARAT DAYA DIJANGKA BERMULA 17 MEI 2024, BERTERUSAN HINGGA SEPTEMBER 2024

KUALA LUMPUR, 14 MEI: Monsun Barat Daya dijangka bermula Jumaat ini dan akan berterusan hingga September, menyebabkan kebanyakan tempat di …
Maklumat Lanjut

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN BILA TERJEBAK DALAM SKIM CEPAT KAYA

Langkah-langkah yang perlu dilakukan bila terjebak dalam skim cepat kaya adalah seperti berikut: 1. Keluar dari skim 2. Serahkan bukti …
Maklumat Lanjut