TINDAKAN KHAS DBKL BERSAMA SWCORP DI PUSAT BANDAR UTARA, KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur, 13 Oktober 2022 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Jabatan Penguatkuasaan telah menjalankan Tindakan Khas Bersepadu Bersama SWCorp Ke Atas Premis Perniagaan sekitar Pusat Bandar Utara, Selayang Kuala Lumpur pada 12-13 Oktober 2022.

Tindakan khas bersepadu ini dilakukan oleh Pasukan Penguatkuasa dan Pegawai Teknikal dari Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Wilayah Pesekutuan bersama Penguatkuasa DBKL melibatkan pemeriksaan terhadap 319 premis perniagaan dan mengeluarkan 133 Notis Peringatan berkaitan lantikan kontraktor kutipan bagi Peraturan Sisa Pepejal Kormesial, Perindustrian dan Keinstitusian (CII) terhadap pemilik premis yang gagal melantik kontraktor kutipan berdaftar.

Dalam pada itu, pihak Penguatkuasa DBKL telah membuat 12 tindakan penguatkuasaan ke atas premis perniagaan semasa pemeriksaan bersama telah dilakukan. DBKL telah menutup 3 buah premis yang menjalankan perniagaan tanpa lesen dan melanggar syarat lesen dengan melantik pembantu tanpa kebenaran pihak berkuasa menerusi Sek.101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Sebanyak 7 notis kompauan telah dikeluarkan dibawah kesalahan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 (5 notis – Pembantu premis tanpa permit sah) dan Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 (2 notis – Penjaja tanpa lesen, warganegara asing).

DBKL turut juga membuat dua (2) tindakan sita dan pindah barangan milik perniagaan dan peniaga warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen. Kesemua barangan dipindahkan ke stor DBKL di Jalan Lombong Cheras untuk rekod dan penyimpanan sementara.

Tindakan khas bersepadu ini akan diteruskan dari masa ke semasa.

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

SUMBER: DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …