KPPI BERSAMA OKU CACAT PENGLIHATAN

Pada 9 hingga 10 Oktober 2022, telah berlangsung Kursus Praperkahwinan Islam (KPPI) untuk OKU cacat penglihatan bertempat di Persatuan MAB, Brickfields, Kuala Lumpur. Kursus ini dianjurkan oleh Pusat Kursus Kesedaran Insan dan Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Hampir 60 orang peserta telah diberi bimbingan mengenai ilmu-ilmu awal rumahtangga meliputi 10 tajuk utama berdasarkan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI). Seramai lima penceramah telah dijemput khusus untuk bersama para peserta ini bagi mengupas tajuk-tajuk tersebut berdasarkan slaid-slaid MBKPI yang telah disediakan.

Di Wilayah Persekutuan, KPPI melibatkan OKU sentiasa dilaksanakan saban tahun. Namun, kursus ini terpaksa dihentikan buat sementara waktu sejak penularan pandemik COVID-19 pada tahun 2020. Apabila situasi negara semakin bertambah baik pada tahun 2022 dan KPPI telah mula dijalankan secara kaedah bersemuka, JAWI telah bersetuju untuk membenarkan pusat kursus dan PERTIS meneruskan semula KPPI disebabkan permintaan yang tinggi dari kalangan OKU.

Sepanjang dua hari kursus berlangsung, rata-rata peserta begitu fokus dan menunjukkan komitmen yang tinggi. Diharapkan ilmu-ilmu yang diperoleh daripada kursus ini dapat menjadi panduan dan bekalan untuk mereka apabila melayari alam rumahtangga kelak.

 

SUMBER: JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN – JAWI

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …