Masyarakat khususnya Umat Islam disaran untuk mencotohi keperibadian dan akhlak Nabi Muhammad SAW dalam semua aspek kehidupan harian.
Ahli Dewan Negara merangkap Pengerusi Perbadanan Labuan, Senator Datuk Bashir Alias berkata, sambutan Maulidur Rasul SAW pada setiap 12 Rabiul awal merupakan tanda kasih sayang dan ingatan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW bagi mengenang kembali perjuangan baginda dalam menyebarkan dakwah Islamiyah sehingga umat Islam dapat mengecapi nikmat iman dan Islam pada hari ini.
Tambah beliau, sambutan ini bukanlah sekadar sambutan hari lahir baginda Rasulullah SAW semata-mata, tetapi mengaplikasikan sifat-sifat terpuji dan perjuangan baginda dalam apa jua bentuk diskriminasi atas nama agama, bangsa, warna kulit mahupun keturunan.
Majlis diimarahkan dengan persembahan Qasidah dan Selawat serta persembahan nasyid selain Tausiyah Maulidur Rasul daripada Habib Syed Naqjamuddin Syed Othman dan Ustaz Mat Razali Mat Lazin.
Turut hadir, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Tuan Hj Mohd Fadzil Abu Kasim dan ketua-ketua jabatan.




