KUALA TERENGGANU, 10 OKT 2022 – Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu telah berjaya mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Bilangan 2 Tahun 2022 yang telah diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Darul Iman. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.

Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk membincangkan dan menyusun strategi dalam isu keselamatan di negeri yang bersandarkan kepada nilai teras didalam Dasar Keselamatan Negara 2021-2025. Mesyuarat ini merupakan satu platform untuk setiap agensi merangka dan mendapat mandat dalam menguruskan pelbagai perkara berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraman awam penduduk Terengganu.

YAB MB pada mesyuarat ini juga turut menyentuh pelbagai perkara berkaitan ancaman keselamatan. Di antaranya adalah seperti Ancaman Nelayan Asing, Pendatang Rohingya, Jenayah Berkaitan Dadah, Jenayah siber dan banyak lagi.  Semoga usaha semua pihak dalam memastikan Terengganu sentiasa aman, selamat dan tenteram akan dipermudahkan dan mendapat kerjasama dari pelbagai pihak.

Ucapan terima kasih juga kepada setiap pengarah jabatan/agensi yang dapat hadir bersama dalam membincangkan strategi memelihara keamanan Negeri Terengganu

“Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama”

 

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …