CBSM NEGERI MELAKA : FUNGSI DAN PERANAN PENGHULU DALAM PENGURUSAN KESELAMATAN NEGARA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT

Konsep Keselamatan Menyeluruh (????????????? ????????) yang merupakan konsep yang terkandung dalam Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025 menjadi rujukan bahawa “Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama”.

Tanggungjawab pengurusan keselamatan negara tidak lagi didominasi sepenuhnya oleh jentera kerajaan. Setiap pihak harus berperanan sama melaksana tanggungjawab masing-masing bersesuaian dengan fungsi tugas, kepakaran, peranan dan obligasi mereka selaku ahli tetap “Pasukan Malaysia”. Obligasi setiap pihak ini diterjemahkan terhadap komitmen seluruh jentera kerajaan dengan diiringi kerjasama segenap
lapisan masyarakat di dalam mendepani apa jua cabaran di dalam pengurusan keselamatan negara. Ini berkaitan rapat dengan: “Pendekatan Seluruh Jentera Kerajaan dan Segenap Lapisan Masyarakat”.

Melalui konsep ini, Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka telah menganjurkan Program bersama Rakan Strategik Negeri Melaka (Penghulu) bagi menerangkan mengenai peranan dan tanggungjawab pihak penghulu sebagai perantaraan kerajaan dan rakyat ketika menghadapi krisis dan bencana.

Melalui program ini, taklimat mengenai Dasar Keselamatan Negara (DKN 2021 – 2025) turut disampaikan oleh Yang Berusaha Tuan Mohd Shaiful Hizam bin Johan, Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Melaka dan taklimat mengenai persiapan TTX disampaikan oleh Mejar Mokhzaini bin Mokhtar Rudin, Penolong Pengarah (Tentera), MKN Negeri Melaka.

#DKNmy #MKNMelaka
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …