TAKLIMAT KESELAMATAN JALAN RAYA BERSAMA KAKITANGAN POS MALAYSIA BERHAD, NEGERI SEMBILAN

5 OKTOBER 2022 – JPJ Negeri Sembilan di bawah Unit Keselamatan Jalan Raya & Korporat (UKJRK) telah mengadakan ceramah di Pejabat Pusat Serahan Mel Port Dickson & Pusat Serahan Mel Sirusa, Negeri Sembilan untuk memperhebatkan lagi kempen keselamatan di jalan raya.

Taklimat berkenaan diberikan kepada kakitangan kurier Pos Malaysia oleh Puan Nurul Syuhada Binti Nik Aziz, Ketua Unit Keselamatan Jalan Raya & Korporat (UKJRK).

Ceramah ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pemahaman tentang keselamatan di jalan raya dan juga membudayakan pemanduan berhemah di kalangan penunggang motosikal.

Selain itu pendedahan berkaitan tingkah laku pemandu juga diberikan untuk memberi kefahaman betapa pentingnya aspek ini kepada pemandu dan penunggang supaya kenderaan mereka dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.

Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan aduan berkenaan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-Aduan@JPJ berserta dengan butiran lengkap pengadu dan juga butiran lengkap aduan.

sumber: Facebook JPJ Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …