NEGERI SEMBILAN BANTU USAHAWAN KOTEJ KECIL-KECILAN PEROLEH SIJIL HALAL

SEREMBAN: Sebanyak RM500,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri Sembilan sebagai geran bantuan kotej halal kepada usahawan kecil-kecilan berpotensi di negeri ini untuk mendapatkan pensijilan halal.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bantuan berkenaan diberikan kepada seramai 102 usahawan berpendapatan kurang daripada RM300,000 setahun di negeri ini.

“Setiap usahawan yang layak ini berdasarkan ketetapan jawatan kuasa penilaian kotej halal negeri ini. Bantuan yang diberi melibatkan bayaran berkaitan pensijilan halal, label atau plastik pembungkusan, bantuan peralatan perusahaan termasuk pembaikan kecil premis perniagaan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan Ramah Mesra Usahawan Kotej Halal di sini, semalam.

Inisiatif Kotej Halal telah diumumkan sebagai inisiatif baharu di bawah bidang tumpuan ekonomi rakyat dalam pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2022. Ia memberi fokus kepada perusahaan makanan dan minuman yang dijalankan secara mikro atau kecil-kecilan di rumah.

Sementara itu,  Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan (JHEAINS), Datuk Mohd. Zaidi Ramli berkata, pihaknya mengenal pasti termasuk melaksanakan lawatan dan intervensi seterusnya menjalankan penilaian terhadap perusahaan dan produk makanan sebelum geran bantuan inisiatif Kotej Halal itu diluluskan. – UTUSAN

sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

𝗪𝗔𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗔𝗖𝗔𝗞 – 𝗠𝗔𝗟𝗕𝗔𝗧𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) MALBATT Sebuah …
Maklumat Lanjut

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut